
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Lans Koperal Sukri Lafaz Kalimah Syahadah Di Bulan Ramadan
Gerik, 4 Mei 2021 - Tanggal 8 Ramadan lalu memberi cahaya baharu dalam kehidupan Lans Koperal Sukri Sagat, 30, apabila mengucapkan dua kalimah syahadah memeluk...
Gerik, 4 Mei 2021 - Tanggal 8 Ramadan lalu memberi cahaya baharu dalam kehidupan Lans Koperal Sukri Sagat, 30, apabila mengucapkan dua kalimah syahadah memeluk Islam.
Lans Koperal Sukri yang bertugas di Cawangan Pengangkutan Batalion 18, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pengkalan Hulu, Perak mengakui rasa cinta terhadap Islam telah lama bersarang di hati, namun belum menemui jalan yang membawanya menjadi Muslim sejati. Bagaimanapun menurutnya, selepas seminggu umat Islam berpuasa tahun ini, secara tiba-tiba dia dipermudahkan jalan memeluk Islam.
"Sejak di bangku sekolah lagi, saya sudah tertarik dengan Islam, melihat rakan-rakan sekolah saya solat berjemaah dan berpuasa membuatkan saya kagum dengan kehidupan dan peribadi mereka.
"Masuk ke alam pekerjaan, saya dikelilingi ramai rakan setugas yang beragama Islam, walaupun sibuk dengan tanggungjawab menjaga keselamatan negara, mereka masih taat menjalani perintah agama, itu membuatkan saya mahu memuk Islam," katanya.
Lans Koperal Sukri yang merupakan masyarakat orang asli suku Temiar dari RPS Pos Kemar, Gerik mengucap dua kali syahadah di hadapan Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), DCP Dato' Abd Razak Elias sempena program "Outreach Ihya Ramadan JIPS Bukit Aman" di Kem Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.
