
Article
Artikel Pilihan Op Selamat 21 1 455 Kemalangan Direkodkan Pada Hari Keenam
Kuala Lumpur, 14 Februari 2024 - Sebanyak 1,455 kes kemalangan direkodkan pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat 21 yang bermula 8 Februari lalu hingga semala...
Kuala Lumpur, 14 Februari 2024 - Sebanyak 1,455 kes kemalangan direkodkan pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat 21 yang bermula 8 Februari lalu hingga semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak lapan kemalangan maut direkodkan dengan lapan kematian sepanjang tempoh berkenaan.
"Kes kemalangan jalan raya direkodkan meningkat 194 kes daripada 1,261 kes dicatatkan pada hari kelima Op Selamat 21. Bagi kemalangan maut pula, kes dicatatkan menurun tujuh kes berbanding 15 kes direkodkan semalam.
"Kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya pula mencatatkan penurunan sembilan orang berbanding 17 orang, semalam," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/02/1212382/1455-kemalangan-direkodkan-pada-hari-keenam-pelaksanaan-op-selamat-21