Artikel
Video Tular Sekumpulan Lelaki Dan Wanita Bergaduh
"Polis Daerah Johor Bahru Utara telah mengesan satu video tular berdurasi 3 minit 2 saat memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki dan wanita di sebuah premis di...
"Polis Daerah Johor Bahru Utara telah mengesan satu video tular berdurasi 3 minit 2 saat memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki dan wanita di sebuah premis di Taman Sutera Utama, Skudai, Johor Bahru."
"Hasil siasatan pihak polis kejadian tersebut berlaku pada 11 Februari 2024 jam lebih kurang 12.09 tengah malam berpunca daripada perselisihan faham. Kesemua suspek yang terlibat seramai 11 orang telah ditangkap dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan."
"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan."
"Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan."
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh
Link Pautan: https://www.facebook.com/reel/1632848210856084
