Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Op Selamat 18 Memandu Lebihi Had Laju Antara Kesalahan Tertinggi Dikesan Timbalan Kpn

Published: 08 May 2022 1.26 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 8 Mei 2022 - Memandu melebihi had laju antara kesalahan tertinggi yang dicatatkan melibatkan enam kesalahan utama dalam tempoh sembilan hari Op Selamat 18 dilancarkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-selamat-18-memandu-lebihi-had-laju-antara-kesalahan-tertinggi-dikesan-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT
Kuala Lumpur, 8 Mei 2022 - Memandu melebihi had laju antara kesalahan tertinggi yang dicatatkan melibatkan enam kesalahan utama dalam tempoh sembilan hari Op Selamat 18 dilancarkan. Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain berkata, sebanyak 222,512 saman dikeluarkan setakat ini. "Memandu melebihi had laju antara enam kesalahan utama yang mencatatkan saman tertinggi iaitu sebanyak 212,469 saman dikeluarkan diikuti 3,613 saman melibatkan kesalahan lampu isyarat."Selain itu, sebanyak 2,903 saman dikeluarkan terhadap kesalahan potong barisan, 1,712 saman melibatkan alat komunikasi, 1,080 saman bagi kesalahan memotong garisan berkembar dan 735 saman memandu di lorong kecemasan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Mengulas lanjut, Dato' Razarudin berkata, sebanyak 148 kemalangan maut membabitkan 154 kes kematian direkodkan di seluruh negara dalam tempoh sembilan hari Op Selamat 18 dilancarkan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Op-Selamat-Memandu...

Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 08 May 2022 1.26 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM