Artikel
Video Pilihan Ppm Bantu Pindah Pesakit Alami Pendarahan Otak Ke Hospital Sultanah Bahiyyah
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Langkawi telah menghulurkan bantuan menggunakan bot ronda PLC 5 untuk memindahkan seorang wanita mengandung yang mengal...
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Langkawi telah menghulurkan bantuan menggunakan bot ronda PLC 5 untuk memindahkan seorang wanita mengandung yang mengalami pendarahan dalam otak akibat terlibat nahas jalan raya ke Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar, Kedah, semalam.
Terdahulu mangsa telah diberi rawatan awal di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi sebelum dipindahkan berikutan pesakit memerlukan rawatan segera akibat kecederaan yang dialami.
Semoga bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban keluarga mangsa dan mendapat ganjaran daripada Tuhan Yang Maha Esa.
