Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Mohd Asri Dipanggil Ke Bukit Aman Dua Kertas Siasatan Dibuka

Published: 12 Aug 2020 8.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2020 - Polis membuka dua kertas siasatan terhadap pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid selepas menerima dua laporan berhubung kenyataannya yang dianggap menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-mohd-asri-dipanggil-ke-bukit-aman-dua-kertas-siasatan-dibuka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:00 MYT

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2020 - Polis membuka dua kertas siasatan terhadap pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid selepas menerima dua laporan berhubung kenyataannya yang dianggap menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Tuan Mior Faridalathrash Wahid ketika mengesahkan perkara itu berkata, siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima pihaknya.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Kertas siasatan itu dibuka susulan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Travers dan Balai Polis Jalan Tun Razak, hari ini," katanya ketika dihubungi.

Tuan Mior berkata, Mohd Asri akan dipanggil untuk diambil keterangannya dalam masa terdekat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ.

"Kita akan panggil dia dalam minggu ini," katanya.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan kenyataan dibuat Mohd Asri atau dikenali sebagai Asri Janggut yang mendakwa petugas dua pasukan keselamatan itu tidak menunaikan solat serta merokok.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 12 Aug 2020 8.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM