Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Segmen Throwbackpdrm Skuad Payung Terjun Wanita Pertama Pdrm

Diterbitkan: 12 Aug 2020 10.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Tanpa jiwa yang kental dan semangat yang jitu mana mungkin sepasang sayap penerjunan tersemat di dada.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/segmen-throwbackpdrm-skuad-payung-terjun-wanita-pertama-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:04 MYT

Tanpa jiwa yang kental dan semangat yang jitu mana mungkin sepasang sayap penerjunan tersemat di dada.

Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, suatu ketika dahulu menerusi segmen #ThrowBackPDRM.

Imej bersejarah ini dirakam lensa ketika skuad payung terjun wanita pertama Polis Diraja Malaysia membuat sesi terjunan di dalam satu majlis di Taman Tasik Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur pada 17 Julai 1988. Pada majlis tersebut, mereka telah ditauliahkan Sayap Penerjunan oleh isteri Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Sumber: 'Buku Polis Wanita' (Sejarah Bergambar 1955-2007).

Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#ThrowBackPDRM
#12082020

Image may contain: one or more people, text that says 'TERBITAN &KONSEP URUSSETIA KPN KOMUNIKASI KORPORAT) TAHUN 1988 SEGMEN #THROWBACK Pasukan payung
ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2020 10.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM