Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Makmal Cryptocurrency Bantu Selesai Kes Bunuh Culik Warga Malaysia Di Manila

Published: 12 Dec 2023 2.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pengarah JSJK Bukit Aman, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima permohonan daripada Pejabat Atase Polis Malawakil Manila untuk bantuan analisis terhadap aliran transaksi ke dalam "cryptowallet" dipercayai milik seorang suspek pada 9 November lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-makmal-cryptocurrency-bantu-selesai-kes-bunuh-culik-warga-malaysia-di-manila
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:16 MYT
Kuala Lumpur, 12 Disember 2023 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) berjaya membantu pihak berkuasa Filipina menyelesaikan kes penemuan mayat lelaki warga Malaysia selepas diculik di Manila pada Oktober lalu.

Pengarah JSJK Bukit Aman, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima permohonan daripada Pejabat Atase Polis Malawakil Manila untuk bantuan analisis terhadap aliran transaksi ke dalam "cryptowallet" dipercayai milik seorang suspek pada 9 November lalu.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada 24 Oktober lalu apabila polisManila menerima aduan daripada seorang rakyat Malaysia yang memaklumkan adik lelakinya yang bekerja di situ diculik oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali.

"Kumpulan penculik tersebut kemudian meminta wang tebusan sebanyakRM330,000 dan wang tersebut dibayar melalui aplikasi "cryptowallet" USDT.

“Bagaimanapun, pada 23 Oktober lalu, pihak berkuasa Filipina (PNP) menerima laporan tentang penemuan mayat seorang lelaki di San Simon,Pampanga dipercayai lelaki warga Malaysia tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini, semalam.

Menurut Dato' Sri Ramli, berdasarkan analisis dijalankan telah berjaya mengesan aliran transaksi mata wang kripto tersebut yang dipindahkan ke satu"exchange" yang tidak didaftarkan di Malaysia.

Katanya, hasil maklumat yang diterima daripada "exchange" tersebut turut mendedahkan identiti enam suspek warga asing yang dipercayai dapat membantu dalam siasatan kes penculikan dan pembunuhan tersebut.

“Kesemua maklumat diserahkan kepada polis Manila untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Dalam pada itu, Dato' Sri Ramli berkata, ia adalah antara kejayaan sejak penubuhanUnit Siasatan Jenayah Cryptocurrency pada 2018.

“Makmal tersebut yang berfungsi untuk menganalisis transaksi berkaitan mata wang kripto turut menjadi makmal tunggal di Asia Tenggara.

“Sejak memulakan operasi, makmal ini telah menjalankan analisis terhadap 532 e-wallet melibatkan nilai kira-kira RM1 billion,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel Pilihan Makmal Cryptocurrency Bantu Selesai Kes Bunuh Culik Warga Malaysia Di Manila
ArticlePublished 12 Dec 2023 2.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM