Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Lelaki Dipenjara Enam Bulan Denda Rm12 000 Kerana Perolok Isu Stoking

Diterbitkan: 22 Mar 2024 11.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 22 Mac 2024 - Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ' keyboard warrior' dan tidak mengetahui kalimah 'Allah' yang ditulis menghina agama Islam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lelaki-dipenjara-enam-bulan-denda-rm12-000-kerana-perolok-isu-stoking
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:15 MYT
Kuala Lumpur, 22 Mac 2024 - Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ' keyboard warrior' dan tidak mengetahui kalimah 'Allah' yang ditulis menghina agama Islam.

Tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.

Dalam rayuannya, lelaki itu memohon supaya tidak dipenjara kerana tidak mahu kehilangan kerja.

"Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ' keyboard warrior', saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.

"Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina," rayunya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1226606/lelaki-dipenjara-6-bulan-denda-rm12000-kerana-perolok-isu-stoking
ArtikelDiterbitkan 22 Mar 2024 11.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM