Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Hari Polis Ke 217 Kpn Bersama Warga Pdrm Tunai Solat Jumaat Di Masjid Bukit Aman

Diterbitkan: 22 Mar 2024 1.05 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, di sini sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 pada 25 Mac 2024.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-hari-polis-ke-217-kpn-bersama-warga-pdrm-tunai-solat-jumaat-di-masjid-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:26 MYT
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, di sini sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 pada 25 Mac 2024.

Ketibaan beliau di pekarangan masjid disambut Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Khutbah khas bertajuk “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada: Ramadan Dihayati, Keamanan Disyukuri” serta solat Jumaat tadi dipimpin oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling) JIPS Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Ghazali Hj. Daud dengan kehadiran lebih 1,000 jemaah.

Terdahulu turut diadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bagi memberkati perjuangan Pasukan yang telah menjadi agensi penguat kuasa utama negara sejak 217 tahun yang lalu.

Sumber: TikTok PDRMsia

Video Pilihan Hari Polis Ke 217 Kpn Bersama Warga Pdrm Tunai Solat Jumaat Di Masjid Bukit Aman
ArtikelDiterbitkan 22 Mar 2024 1.05 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM