Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Lans Koperal Tular Bersihkan Anak Tahanan

Published: 15 Feb 2024 10.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Lans Koperal Siti Sarah Ariffin, 35 tahun, berkata, kejadian itu berlaku jam 8.40 malam pada Jumaat lalu apabila kanak-kanak terbabit dibawa oleh seorang lelaki setelah ibunya ditahan di Cheras atas kesalahan jenayah komersil dan dibawa ke Penjara Bentong.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lans-koperal-tular-bersihkan-anak-tahanan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:30 MYT
Bentong, 15 Februari 2024 - "Saya kesian bila lihat keadaanya tidak terurus,". Demikian luah seorang anggota polis di Balai Polis Bentong selepas gambarnya membersihkan seorang kanak-kanak tular di media sosial Selasa lalu.

Lans Koperal Siti Sarah Ariffin, 35 tahun, berkata, kejadian itu berlaku jam 8.40 malam pada Jumaat lalu apabila kanak-kanak terbabit dibawa oleh seorang lelaki setelah ibunya ditahan di Cheras atas kesalahan jenayah komersil dan dibawa ke Penjara Bentong.

"Saya sedang bertugas ketika itu dan lelaki terbabit memberitahu dia kenalan ibu kanak-kanak tersebut yang diserahkan kepadanya dan datang ke balai kerana ingin menyerahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Keadaan kanak-kanak ketika itu sangat tidak terurus dan dipercayai mengalami masalah autisme selain tidak boleh bertutur," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../lans-koperal-tular...

Sumber: Sinar Harian

Gambar Siti Sarah yang membersihkan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun tular selepas dimuatnaik di Facebook, Friends of PDRM pada Selasa
ArticlePublished 15 Feb 2024 10.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM