Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Langgar Pelajar Keputusan Agc Bersandarkan Siasatan Pegawai Kanan Ditahan Kerja Kpn

Published: 17 Dec 2023 2.35 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Dalam pada itu, Tan Sri Razarudin memberitahu, pegawai kanan berkenaan akan ditahan kerja sebaik sahaja pertuduhan dibaca esok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-langgar-pelajar-keputusan-agc-bersandarkan-siasatan-pegawai-kanan-ditahan-kerja-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:27 MYT
Petaling Jaya, 17 Disember 2023 - Keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) menuduh pegawai kanan polis yang terlibat dalam kes kemalangan jalan raya membabitkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia di Ipoh, Perak mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah bukti siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah telus.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, PDRM hanya menjalankan siasatan berlandaskan undang-undang sedia berdasarkan dapatan yang diperoleh pegawai penyiasat.
“Keputusan ini adalah kebijaksanaan Jabatan Peguam Negara dalam membuat penilaian bersandarkan kepada siasatan yang dilakukan pegawai penyiasat.

“Kes ini dikendalikan oleh Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah Ipoh bersama pasukan siasatan dengan baik serta berkredibiliti,” katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Peguam Negara mendakwa pegawai kanan polis itu di Mahkamah Majistret Ipoh, esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Tan Sri Razarudin memberitahu, pegawai kanan berkenaan akan ditahan kerja sebaik sahaja pertuduhan dibaca esok.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Artikel Pilihan Langgar Pelajar Keputusan Agc Bersandarkan Siasatan Pegawai Kanan Ditahan Kerja Kpn
ArticlePublished 17 Dec 2023 2.35 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM