Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kpwkm Mahu Perkasa Program Skuad Waja Bagi Tingkat Kesedaran Isu Jenayah

Diterbitkan: 14 Dec 2023 1.54 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber: BERNAMA
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kpwkm-mahu-perkasa-program-skuad-waja-bagi-tingkat-kesedaran-isu-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:26 MYT
Artikel Pilihan Kpwkm Mahu Perkasa Program Skuad Waja Bagi Tingkat Kesedaran Isu Jenayah
Laman Utama / Artikel / Artikel Pilihan Kpwkm Mahu Perkasa Program Skuad Waja Bagi Tingkat Kesedaran Isu Jenayah
Kembali ke Pustaka
Artikel

Artikel Pilihan Kpwkm Mahu Perkasa Program Skuad Waja Bagi Tingkat Kesedaran Isu Jenayah

Sumber: BERNAMA
Kuala Lumpur, 14 Disember 2023 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mahu memperkasa program Skuad Wanita Anti Jenayah (Waja) bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu jenayah dalam usaha mengelakkan kes kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin daripada berulang.

Menteri berkenaan Dato’ Sri Hjh. Nancy Shukri berkata Skuad Waja boleh bertindak sebagai penggerak balas pertama dalam komuniti sekiranya berlaku kes jenayah dan keganasan.
"Skuad Waja ini terdiri daripada masyarakat termasuk orang kampung di mana mereka membantu untuk mengambil tindakan apabila berlaku keganasan ataupun apa-apa yang berkaitan dengan masyarakat, jadi merekalah yang membantu.

Tetapi dalam hal ini kita perlu meningkatkan ilmu mereka dengan memberi ilmu dari segi pengetahuan undang-undang apa yang boleh mereka lakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Seminar Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita 2023 di sini, hari ini.

Dato’ Sri Hjh. Nancy berkata skuad berkenaan juga boleh dintegrasikan dengan Ops Cantas Khas Wanita iaitu pasukan yang dikendalikan pegawai dan anggota polis wanita bagi melaksanakan program kesedaran isu jenayah dalam komuniti.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2254284

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Kpwkm Mahu Perkasa Program Skuad Waja Bagi Tingkat Kesedaran Isu Jenayah
 
ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2023 1.54 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM