
Artikel
Artikel Pilihan Kerjasama Tnb Pdrm Banteras Curi Elektrik Elak Kerugian Besar Negara
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Baharin Din, berkata kerjasama antara PDRM dalam menggempur kegiatan mencuri arus elektrik melalui lebih...
Kuala Lumpur, 23 Mac 2023 - Kerjasama antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras kegiatan mencuri arus elektrik dilihat berjaya mengelakkan kerugian besar kepada industri tenaga dan negara.
Katanya, perbuatan khianat itu antara lain membabitkan premis perlombongan mata wang kripto, bitcoin dan pengguna industri.
"TNB dan PDRM sudah melaksanakan operasi bersepadu bagi membendung kegiatan mencuri arus elektrik ini sejak November 2020.
"Sehingga Februari 2023, Op Letrik ini sudah melaksanakan lebih 1,600 siri serbuan sekali gus mengekang kerugian bernilai lebih RM278.49 juta," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Sumber: Berita Harian Online