Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Syabu Rm17 9 Juta Di Bawah Baju Terpakai

Diterbitkan: 23 Mar 2023 8.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Azman Ayob, berkata dalam kejadian pada 9.30 malam itu, seorang suspek melarikan diri ke arah semak samun berhampiran dan meninggalkan van itu ketika serbuan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-syabu-rm17-9-juta-di-bawah-baju-terpakai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:31 MYT
Tanah Merah, 23 Mac 2023 - Polis merampas 499 kilogram (kg) dadah jenis Syabu bernilai RM17.9 juta dari sebuah van di tepi jalan Kampung Wan Ahmad, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Azman Ayob, berkata dalam kejadian pada 9.30 malam itu, seorang suspek melarikan diri ke arah semak samun berhampiran dan meninggalkan van itu ketika serbuan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu.

Katanya, pemeriksaan mendapati 13 guni putih berisi dadah jenis Syabu disorokkan di dalam timbunan pakaian terpakai.

“Bekalan dadah itu dipercayai dibawa masuk melalui pangkalan haram berdekatan sempadan Malaysia-Thailand untuk pasaran ke Lembah Klang,” katanya, di sini semalam.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 7 people, people standing and text that says 'Polis rampas syabu RM17.9j di bawah baju terpakai Timbalan Ketua Polis Kelan- 13 guni beri

ArtikelDiterbitkan 23 Mar 2023 8.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM