Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kerjasama Tnb Pdrm Banteras Curi Elektrik Elak Kerugian Besar Negara

Published: 23 Mar 2023 8.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Baharin Din, berkata kerjasama antara PDRM dalam menggempur kegiatan mencuri arus elektrik melalui lebih 1,600 serbuan dalam tempoh dua tahun lalu memberi impak positif dalam usaha membanteras perbuatan khianat itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kerjasama-tnb-pdrm-banteras-curi-elektrik-elak-kerugian-besar-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:25 MYT
Kuala Lumpur, 23 Mac 2023 - Kerjasama antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras kegiatan mencuri arus elektrik dilihat berjaya mengelakkan kerugian besar kepada industri tenaga dan negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Baharin Din, berkata kerjasama antara PDRM dalam menggempur kegiatan mencuri arus elektrik melalui lebih 1,600 serbuan dalam tempoh dua tahun lalu memberi impak positif dalam usaha membanteras perbuatan khianat itu.

Katanya, perbuatan khianat itu antara lain membabitkan premis perlombongan mata wang kripto, bitcoin dan pengguna industri.

"TNB dan PDRM sudah melaksanakan operasi bersepadu bagi membendung kegiatan mencuri arus elektrik ini sejak November 2020.

"Sehingga Februari 2023, Op Letrik ini sudah melaksanakan lebih 1,600 siri serbuan sekali gus mengekang kerugian bernilai lebih RM278.49 juta," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../kerjasama-tnb-pdrm...


Kerjasama TNB, PDRM banteras curi elektrik elak kerugian besar negara | Berita Harian
ArticlePublished 23 Mar 2023 8.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM