Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kejohanan Menembak Ipsc Rmp Open Championship 2023 Level Iii Tersenarai Dalam Mbor

Diterbitkan: 04 May 2023 2.21 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Kejohanan Menembak IPSC RMP Open Championship 2023 - Level III. Beliau diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain turut melawat fasiliti yang terdapat di Kelab Menembak Sasaran Shapadu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kejohanan-menembak-ipsc-rmp-open-championship-2023-level-iii-tersenarai-dalam-mbor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:34 MYT
Putrajaya, 4 Mei 2023 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Kejohanan Menembak IPSC RMP Open Championship 2023 - Level III.

Beliau diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain turut melawat fasiliti yang terdapat di Kelab Menembak Sasaran Shapadu.

Antara fasiliti yang terdapat termasuklah rumah kelab, “gun test” dan lurah menembak yang lengkap.

Kejohanan Menembak IPSC RMP Open Championship 2023 - Level III berlangsung selama tujuh hari sehingga 7 Mei.

Kejohanan tersebut juga akan tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai kejohanan menembak yang menerima penyertaan peserta paling ramai iaitu seramai 787 orang.

Ia turut disertai peserta luar negara yang terdiri daripada Indonesia, Thailand, UAE, Hong Kong, Singapura dan Filipina.

Sumber: Berita RTM
ArtikelDiterbitkan 04 May 2023 2.21 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM