
Article
Artikel Pilihan Kehadiran Mpv Urb Tingkat Keyakinan Masyarakat Kpn
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' mengangkat betapa pentingnya kuasa jalinan anta...
Kuala Lumpur, 19 Mei 2023 - Kehadiran elemen rondaan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di kawasan kediaman, komersil dan perindustrian berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap jaminan keselamatan diri dan harta benda, termasuk pada musim perayaan.
"Justeru, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan penglibatan dengan semua lapisan masyarakat menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program berkonsepkan kepolisan masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian pada perhimpunan bulanan Ketua Polis Negara di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman di sini, hari ini.