Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kdnka Teliti Perincian Tugas Baharu Aksem

Published: 05 Apr 2021 2.46 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kota Bharu, 5 April 2021 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) sedang meneliti perincian baharu tugasan anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kdnka-teliti-perincian-tugas-baharu-aksem
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:12 MYT

Kota Bharu, 5 April 2021 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) sedang meneliti perincian baharu tugasan anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Pengarahnya, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, penugasan baharu itu akan dilakukan selepas menerima arahan daripada Kementerian Dalam Negeri berikutan agensi tersebut mempunyai tugasan sama seperti Pasukan Gerakan Am (PGA).

Katanya, tugasan baharu anggota AKSEM akan diperincikan seiring dengan PGA terutamanya dalam usaha untuk memperkukuhkan penstrukturan kedua-dua agensi yang mengawal sempadan itu.

“Kita akan lihat aspek keanggotaan dalam PGA dikekalkan atau ditukarkan. Ini kerana, PGA dan AKSEM sudah berada di bawah kementerian yang sama.

“Bagi saya, kita perlukan angin perubahan baharu dengan menukar keanggotaan terutamanya dalam aspek tugasan yang akan dilakukan oleh AKSEM,” katanya selepas Majlis perasmian PGA Batalion 8 di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Sumber: Kosmo Online

Artikel Pilihan Kdnka Teliti Perincian Tugas Baharu Aksem
ArticlePublished 05 Apr 2021 2.46 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM