
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Sempadan Ketat Pastikan Geng Nicky Tak Lolos
Kota Bharu, 6 April 2021 - Kawalan di pintu sempadan negara diperketatkan bagi memastikan tiada cubaan ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Nicky untuk melari...
Kota Bharu, 6 April 2021 - Kawalan di pintu sempadan negara diperketatkan bagi memastikan tiada cubaan ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Nicky untuk melarikan diri.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, gambar semua penjenayah itu juga sudah diedar kepada pasukan yang mengawal sempadan terutama Pasukan Gerakan Am (PGA).
"Semua anggota dan pegawai PGA di sempadan sudah diberikan arahan untuk membuat pemantauan terhadap kes ini supaya cubaan keluar ke sempadan mengikut jalan tidak sah dapat dibanteras.
"Dengan gambar yang diedar, anggota sudah diminta berwaspada setiap masa," katanya ketika sidang media di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Dato’ Sri Abd Rahim berkata, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dalam proses mendapatkan senarai nama 34 pegawai dan anggota polis yang didakwa bersekongkol dengan kumpulan itu yang didalangi ahli perniagaan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Sumber: Harian Metro