Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kawasan Pelaksanaan Perintah Berkurung Esszone Diteliti Semula Kpn

Published: 16 May 2023 8.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Beliau berkata perkara untuk meneliti semula pelaksanaan perintah berkurung itu telah dibincangkan dalam satu mesyuarat operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Eastern Sabah Security Command-ESSCOM) di Tawau semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kawasan-pelaksanaan-perintah-berkurung-esszone-diteliti-semula-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:36 MYT
Kota Kinabalu, 16 Mei 2023 - Pelaksanaan perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) akan diteliti semula dan akan diperkecilkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Beliau berkata perkara untuk meneliti semula pelaksanaan perintah berkurung itu telah dibincangkan dalam satu mesyuarat operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Eastern Sabah Security Command-ESSCOM) di Tawau semalam.

“Oleh itu, kita Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ESSCOM telah mencadangkan agar pelaksanaan perintah berkurung itu diperkecilkan dan akan digantikan nama sebagai Kawasan Pergerakan Terhad di kawasan perairan daerah tertentu.

Buat permulaan kita akan mencadangkan agar kawasan perairan Tawau dikeluarkan daripada perintah berkurung berkenaan kerana kita yakin kawalan keselamatan di perairan daerah itu memuaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Perumahan Balai Polis Inanam yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

KAWASAN PELAKSANAAN PERINTAH BERKURUNG ESSZONE DITELITI SEMULA
ArticlePublished 16 May 2023 8.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM