Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kawalan Sempadan Diteruskan Walaupun Op Benteng Tamat Jun Ini Pengarah Jabatan Kdnka

Published: 06 Apr 2022 8.29 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata penugasan PDRM tetap sama terutamanya Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai tonggak utama dalam menjalankan kawalan keselamatan sempadan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kawalan-sempadan-diteruskan-walaupun-op-benteng-tamat-jun-ini-pengarah-jabatan-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 08:03 MYT
Kuala Lumpur, 6 April 2022 - Penugasan kawalan keselamatan sempadan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diteruskan seperti biasa walaupun Operasi Benteng (Op Benteng) bakal ditamatkan Jun depan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata penugasan PDRM tetap sama terutamanya Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai tonggak utama dalam menjalankan kawalan keselamatan sempadan.

Beliau berkata sebelum adanya Op Benteng, penugasan itu memang dilaksanakan dan apabila Op Benteng ditubuhkan, PDRM banyak bekerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan lain.

"Fokus utama kami adalah untuk kawal keselamatan sempadan dan kami kekalkan, PDRM ada buat penambahan unit seperti Unit Berkuda dan dron serta rondaan melalui Pasukan Gerakan Udara di udara dipertingkatkan, termasuk Unit Rondaan Bermotosikal.

"PGA juga mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri," katanya kepada Bernama hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2069418&fbclid=IwAR0bbGFqh2WfEFFk1_iyNFKu7X-z6NsDVXid30qsCsaqdNNvqUYnRhK6yxU

Kawalan sempadan diteruskan walaupun Op Benteng tamat Jun ini - Bukit Aman

ArticlePublished 06 Apr 2022 8.29 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM