Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Isu Tular Wanita Kantoi Curi Rantai Leher Kanak Kanak

Published: 04 Jun 2023 1.50 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 4 Jun 2023 - Taktik seorang wanita mencuri rantai leher kanak-kanak di tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Seksyen 13 di sini, terbongkar selepas tindakannya dirakam pada Sabtu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-wanita-kantoi-curi-rantai-leher-kanak-kanak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:14 MYT
Shah Alam, 4 Jun 2023 - Taktik seorang wanita mencuri rantai leher kanak-kanak di tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Seksyen 13 di sini, terbongkar selepas tindakannya dirakam pada Sabtu.

Ketua polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, rakaman video mengenai tindakan suspek itu telah tular di media sosial.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang, suspek telah mengambil rantai leher seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dengan cara memotong dengan sesuatu objek dan menarik rantai leher itu.

"Sejurus selepas kejadian suspek wanita tempatan berusia 35 tahun berjaya ditangkap di lokasi terbabit berdasarkan rakaman video terbabit," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Tambahnya, satu laporan polis juga telah dibuat pada jam 8.09 malam hari yang sama sejurus selepas kejadian curi itu.

Beliau berkata, suspek yang mempunyai enam rekod lampau bersabit kes curi telah direman tiga hari sehingga Selasa depan untuk siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Sarjan Mohd Norazizi Samsuri di talian 014-9472881," ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 5 people, child and people smiling
ArticlePublished 04 Jun 2023 1.50 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM