
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jspt Rasmi Penutup Kejohanan Lumba Basikal Piala Kpn 2023
Georgetown, 4 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mat Kasim Karim hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG T...
Georgetown, 4 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mat Kasim Karim hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani ke Majlis Penutupan Kejohanan Lumba Basikal Piala KPN 2023 bertempat di Padang Kota, di sini, petang tadi.
Kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula 1 Jun hingga hari ini itu menyaksikan Kontinjen Johor dinobatkan sebagai juara keseluruhan diikuti Kontinjen Kedah di tempat kedua dan Kontinjen Selangor di kedudukan ketiga.
Hadir sama, Ketua Polis negeri, CP Dato’ Khaw Kok Chin dengan timbalannya, SAC Rahimi Ra'ais, Ketua-ketua Jabatan, Formasi, Ketua-ketua Polis Daerah dan rakan-rakan media.
Sumber: PDRM Pulau Pinang