Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Isu Tular Tak Sampai 5 Jam Selepas Aksi Lucah Lelaki Tak Senonoh Dicekup Polis

Published: 05 Feb 2023 2.16 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Yan, 5 Februari 2023 - Lelaki yang dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada dua wanita bersaudara ketika menunggang motosikal akhirnya ditahan polis, tidak sampai lima jam selepas kejadian di Batu 22, Teroi, dekat sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-tak-sampai-5-jam-selepas-aksi-lucah-lelaki-tak-senonoh-dicekup-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:15 MYT
Yan, 5 Februari 2023 - Lelaki yang dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada dua wanita bersaudara ketika menunggang motosikal akhirnya ditahan polis, tidak sampai lima jam selepas kejadian di Batu 22, Teroi, dekat sini.

Suspek dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 sambil menunjukkan kemaluannya kepada dua mangsa terbabit yang ketika itu sedang menunggang motosikal Ego Solaris.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar Haji, berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Yan jam 5.45 petang tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../tak-sampai-5-jam-selepas...

Sumber: Berita Harian

 
 
ArticlePublished 05 Feb 2023 2.16 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM