Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Tidak Puas Hati Kena Saman
Kangar, 7 Februari 2023 - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes memuat naik sebuah video berunsur fitnah ke atas anggota polis trafik menerus...
Kangar, 7 Februari 2023 - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes memuat naik sebuah video berunsur fitnah ke atas anggota polis trafik menerusi akaun TikTok.
Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, penarik baja berusia 39 tahun itu ditahan pada Sabtu lalu dan direman hingga esok bagi siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata, klip video berdurasi 35 saat atas pemilik akaun @manbajanaw9438 itu memaparkan tiga anggota trafik sedang melakukan pemeriksaan rutin di Jalan Kangar-Alor Setar berhampiran lampu isyarat Simpang Ampat, Perlis.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.