Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Isu Tular Polis Tahan Empat Lelaki Dalam Video Tular Gaduh Di Bandar Rinching

Published: 26 Mar 2023 5.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, berkata kejadian berlaku pada Khamis lalu di hadapan sebuah restoran dan polis menerima aduan berkaitan kejadian pada jam 9.55 malam hari sama.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-polis-tahan-empat-lelaki-dalam-video-tular-gaduh-di-bandar-rinching
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:19 MYT
Kuala Lumpur, 26 Mac 2023 - Polis sudah menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Seksyen 5 Bandar Rinching, Semenyih, seperti dalam satu rakaman video yang tular sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, berkata kejadian berlaku pada Khamis lalu di hadapan sebuah restoran dan polis menerima aduan berkaitan kejadian pada jam 9.55 malam hari sama.

Menurutnya, hasil siasatan, kejadian dipercayai berlaku pada jam 9.45 malam berpunca daripada seorang lelaki dalam keadaan mabuk menimbulkan kekecohan di sebuah gerai menjual burger di situ.

"Lelaki terbabit datang ke gerai itu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat sambil membaling tin minuman keras ke arah gerai burger sebelum berlaku perselisihan faham antara dia dengan peniaga gerai terbabit.

"Kejadian menjadi lebih tegang apabila lelaki mabuk itu mengeluarkan senjata pisau serta parang dan cuba menyerang peniaga gerai di situ,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-tahan-4-lelaki-dalam...

May be an image of 3 people, people standing and outdoors
ArticlePublished 26 Mar 2023 5.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM