Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Polis Ke 216 Insiden Diseret Kenderaan Penyeludup Dianggap Paling Tragis

Diterbitkan: 26 Mar 2023 3.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Dia yang bertugas sebagai anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Batalion 7 PGA, dekat Kem Galing, di sini, menganggap kejadian itu paling tragis dalam hidupnya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-polis-ke-216-insiden-diseret-kenderaan-penyeludup-dianggap-paling-tragis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Kuantan, 26 Mac 2023 - Walaupun pernah berdepan detik cemas dan hampir meragut nyawa apabila diseret kenderaan penyeludup kira-kira tiga tahun lalu, Lans Koperal Mohamed Hashimi Mohd Zainudin tidak pernah putus semangat untuk terus berkhidmat sebagai anggota polis.

Dia yang bertugas sebagai anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Batalion 7 PGA, dekat Kem Galing, di sini, menganggap kejadian itu paling tragis dalam hidupnya.

Lelaki berusia 33 tahun berasal dari Kelantan itu berkata, keselamatan diri adalah risiko paling besar dalam kerjaya sebagai anggota polis dan memerlukan keberanian tahap tinggi selain harus sentiasa berhati-hati.

Mengimbas semula kejadian itu, Lans Koperal Mohamed Hashimi berkata, dia sedang membuat rondaan dengan rakan setugas kira-kira jam 4 pagi sebelum terserempak dengan dua kenderaan dalam keadaan mencurigakan di Kampung Limau Purut, Kelantan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 26 Mar 2023 3.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM