Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Isu Tular Polis Kesan Pemandu Honda Hrv Rosakkan Cermin Sisi Kereta

Published: 11 Mar 2026 6.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, pihak polis menerima laporan polis pada jam 8.40 malam tadi mengenai satu video yang memaparkan seorang individu mematahkan cermin sisi sebuah kereta yang dimuatnaik di laman media sosial TikTok oleh pemilik akaun @cyberjayaviral.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-polis-kesan-pemandu-honda-hrv-rosakkan-cermin-sisi-kereta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:53 MYT
Kuala Lumpur, 11 Mac 2026 - Polis mengesan lelaki yang merosakkan cermin sisi sebuah kereta di kawasan Cheras sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, pihak polis menerima laporan polis pada jam 8.40 malam tadi mengenai satu video yang memaparkan seorang individu mematahkan cermin sisi sebuah kereta yang dimuatnaik di laman media sosial TikTok oleh pemilik akaun @cyberjayaviral.

Beliau berkata, kejadian di kawasan Cheras dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaa serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Muktimedia 1998.

"Kes masih dalam siasatan untuk mengesan suspek dan pemilik kereta serta mengenalpasti pemilik akaun TikTok daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular video memaparkan lelaki memandu Honda HRV keluar dari kereta sebelum merosakkan cermin sisi kereta lain sebelum dia beredar.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut; https://www.bharian.com.my/.../polis-kesan-pemandu-honda...

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Isu Tular Polis Kesan Pemandu Honda Hrv Rosakkan Cermin Sisi Kereta
ArticlePublished 11 Mar 2026 6.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM