
Article
Artikel Pilihan Isu Tular Gaduh Sebab Troli Ikan Langgar Pekerja
Kuala Lumpur, 6 Mei 2023 - Pergaduhan sekumpulan lelaki yang tular di media sosial berpunca daripada perselisihan faham antara pekerja yang menolak troli ikan...
Kuala Lumpur, 6 Mei 2023 - Pergaduhan sekumpulan lelaki yang tular di media sosial berpunca daripada perselisihan faham antara pekerja yang menolak troli ikan dan terlanggar lelaki lain yang bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata, kejadian itu dilapor berlaku pada 12.30 tengah malam tadi.
"Anggota unit peronda polis (MPV) datang meleraikan pergaduhan dan kedua-dua pihak hadir ke Balai Polis Sri Murni serta berdamai secara baik tanpa membuat sebarang laporan polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sumber: Harian Metro