Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Insiden Pertembungan Tren Lrt Polis Minta Orang Ramai Tidak Buat Spekulasi

Published: 25 May 2021 6.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 25 Mei 2021 - Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang bertembung berdekatan Stesen LRT KLCC di sini malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-insiden-pertembungan-tren-lrt-polis-minta-orang-ramai-tidak-buat-spekulasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:23 MYT
Kuala Lumpur, 25 Mei 2021 - Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang bertembung berdekatan Stesen LRT KLCC di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Tuan Mohamad Zainal Abdullah meminta orang ramai memberi ruang kepada pasukan panel penyiasat khas untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden itu.

“Dalam tempoh ini, orang ramai atau mana-mana pihak janganlah cuba membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tuan Mohamad Zainal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan individu yang mengaitkan insiden berkenaan dengan serangan siber.

Semalam, seramai 47 penumpang tren dilaporkan parah manakala 166 cedera ringan dalam insiden pada 8.45 malam melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Berikutan itu, Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas untuk menyiasat punca insiden terbabit.

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Insiden Pertembungan Tren Lrt Polis Minta Orang Ramai Tidak Buat Spekulasi
ArticlePublished 25 May 2021 6.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM