
Artikel
Pkp Covid 19 Posting Pilihan Pkp 3 0 Lawatan Pemantauan Dan Pemeriksaan Kpd Bentong Ke Pusat Kasino Di Genting Highlands
Bentong, 25 Mei 2021 - Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong yang diketuai oleh ketua polis daerahnya, Superintendan Zaiham Mohd...
Bentong, 25 Mei 2021 - Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong yang diketuai oleh ketua polis daerahnya, Superintendan Zaiham Mohd Kahar telah melakukan pemantauan dan pemeriksaan pengoperasian pusat kasino di Genting Highland di sini, semalam.
Pemantauan dan pemeriksaan tersebut bertujuan bagi memastikan pengoperasian pusat kasino tersebut ditutup sepenuhnya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Dalam pada itu, Superintendan Zaiham turut menasihatkan orang ramai agar terus patuh kepada arahan Majlis Keselamatan Negara bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN