Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Hina Agama Hindu Jurugambar Didenda Rm15 000

Published: 02 Apr 2021 2.09 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 2 April 2021 - Seorang jurugambar syarikat produksi dijatuhi hukuman denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua tuduhan memuat naik status jelik menghina agama Hindu dalam Facebooknya, dua tahun lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hina-agama-hindu-jurugambar-didenda-rm15-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:10 MYT

Kuala Lumpur, 2 April 2021 - Seorang jurugambar syarikat produksi dijatuhi hukuman denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua tuduhan memuat naik status jelik menghina agama Hindu dalam Facebooknya, dua tahun lepas.

Hakim M.M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Zambri Abdul Razak, 54, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan.

Edwin Paramjothy dalam penghakimannya berkata kebebasan bersuara tidak termasuk kebebasan untuk menghina dan merendahkan mana-mana agama serta kepercayaan agama orang lain tanpa dikenakan hukuman.

"Jenayah menghina agama seseorang tidak hanya dilakukan terhadap orang itu, tetapi juga terhadap nilai dan fungsi diwakili oleh agama dan penganutnya. Agama adalah sesuatu yang peribadi dan sangat dihormati penganutnya.

"Saya juga mempertimbangkan keadaan kesihatannya yang lemah sebagai faktor mitigasi. Walaupun saya berfikir untuk tidak mengenakan hukuman penjara dalam kes ini, saya bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya kerana sangat penting keseimbangan tepat antara simpati terhadap pesalah dan mempertimbangkan penderitaan serta kesusahan ditanggung mangsanya atau kerosakan atas kesalahan jenayah dilakukannya kepada masyarakat," katanya.

Zamri yang didenda RM8,000 atau enam bulan penjara bagi pertuduhan pertama dan RM7,000 atau enam bulan penjara bagi pertuduhan kedua, membayar denda itu.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php…

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Hina Agama Hindu Jurugambar Didenda Rm15 000

ArticlePublished 02 Apr 2021 2.09 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM