Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Siapa Kata Di Malaysia Tiada Superhero

Diterbitkan: 02 Apr 2021 1.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Jika di luar negara ada Superman, Ironman atau Batman, di negara kita juga tidak kurang hebatnya ada Policeman! 👨🏼‍✈️ Betul tak?
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-siapa-kata-di-malaysia-tiada-superhero
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:27 MYT

Jika di luar negara ada Superman, Ironman atau Batman, di negara kita juga tidak kurang hebatnya ada Policeman! 👨🏼‍✈️ Betul tak?

Kebiasaanya kita hanya melihat pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sentiasa ringan tulang membantu pengguna jalan raya yang dalam kesusahan kerana kerosakan kereta atau motosikal, namun sejak kebelakangan ini, "super power" mereka telah ditingkatkan dengan menolak lori yang rosak pula! Mungkin dek 'penangan' setelah diberi dua suntikan dos vaksin agaknya?

Syabas dan tahniah buat para anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur yang telah membantu mengalihkan sebuah lori yang rosak di ibu kota. Berbekalkan semangat kerja berpasukan dan tulang empat kerat merekalah yang membolehkan pengguna jalan raya lain tidak mengalami kesulitan untuk menggunakan jalan tersebut.

'Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.'

Sumber video: Orang awam

Video Pilihan Siapa Kata Di Malaysia Tiada Superhero
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/833495914177277
ArtikelDiterbitkan 02 Apr 2021 1.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM