Artikel
Artikel Pilihan Hari Polis Ke 216 Sukar Lupa Peristiwa Ketua Platun Ditembak Di Dahi
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../sukar-lupa-peristiwa-ketua.../
Seremban, 20 Mac 2023 - Kejadian melihat ketua platun sendiri maut ditembak komunis di dahi merupakan pengalaman yang masih segar dalam ingatan bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) yang telah berkhidmat sepanjang 36 tahun dalam Polis Diraja Malaysia.
“Tidak sangka peristiwa yang berlaku di depan mata ini sukar dilupakan apabila saya tiba-tiba terdengar bunyi tembakan kemudian dapati Ketua Platun yang dikenali sebagai Sarjan Lee telah rebah.
“Ketika itu saya berada pada jarak empat meter darinya, saya dapat lihat tembakan pada dahinya dengan darah mencurah-curah keluar di belakang kepala,” katanya.
Beliau ditemui pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../sukar-lupa-peristiwa-ketua.../
