Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Hari Polis Ke 216 Sukar Lupa Peristiwa Ketua Platun Ditembak Di Dahi

Published: 20 Mar 2023 8.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../sukar-lupa-peristiwa-ketua.../
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hari-polis-ke-216-sukar-lupa-peristiwa-ketua-platun-ditembak-di-dahi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:13 MYT
 
Seremban, 20 Mac 2023 - Kejadian melihat ketua platun sendiri maut ditembak komunis di dahi merupakan pengalaman yang masih segar dalam ingatan bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) yang telah berkhidmat sepanjang 36 tahun dalam Polis Diraja Malaysia.
Pesara, Lans Koperal Mohammad Noh Mansor, 73 tahun, berkata, peristiwa itu berlaku sekitar tahun 1970-an di Sungai Batang Rajang, Sarikei, Sarawak ketika beliau bertugas sebagai anggota platun sedang berehat di kawasan hutan sebelum diserang hendap oleh Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).

“Tidak sangka peristiwa yang berlaku di depan mata ini sukar dilupakan apabila saya tiba-tiba terdengar bunyi tembakan kemudian dapati Ketua Platun yang dikenali sebagai Sarjan Lee telah rebah.

“Ketika itu saya berada pada jarak empat meter darinya, saya dapat lihat tembakan pada dahinya dengan darah mencurah-curah keluar di belakang kepala,” katanya.
Beliau ditemui pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023 Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../sukar-lupa-peristiwa-ketua.../

Artikel Pilihan Hari Polis Ke 216 Sukar Lupa Peristiwa Ketua Platun Ditembak Di Dahi
ArticlePublished 20 Mar 2023 8.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM