Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Saya Hanya Duduk Angkat Tangan Dan Tabik Hormat

Published: 24 Aug 2022 2.02 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 24 Ogos 2022 - Walaupun sudah 40 tahun berlalu, pengalaman menyamar sebagai anggota komunis semasa bertugas sebagai anggota F-Team, sebuah pasukan elit rahsia Polis Diraja Malaysia (PDRM), masih terpahat kukuh dalam fikiran DSP (Bersara) Kamarudin Hashim.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hari-kebangsaan-ke-65-saya-hanya-duduk-angkat-tangan-dan-tabik-hormat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:19 MYT
Ipoh, 24 Ogos 2022 - Walaupun sudah 40 tahun berlalu, pengalaman menyamar sebagai anggota komunis semasa bertugas sebagai anggota F-Team, sebuah pasukan elit rahsia Polis Diraja Malaysia (PDRM), masih terpahat kukuh dalam fikiran DSP (Bersara) Kamarudin Hashim.

Tuan Kamarudin, 73, atau lebih dikenali sebagai 'Kenny' semasa bergiat aktif dalam pasukan itu berkata, beliau menyamar sebagai anggota komunis ketika menyertai Operasi Kelah yang dilaksanakan kira-kira setahun di Kuala Lipis, Pahang pada 1982.

"Saya melakukan penyamaran (kerana mahu menangkap anggota pengganas dari Parti Komunis Malaya semasa operasi berkenaan) pakai baju komunis tetapi saya diam sahaja sebab saya tidak pandai berbahasa Cina.

"Saya hanya duduk, angkat tangan dan tabik hormat dengan anggota komunis yang lain. Apabila rakan-rakan saya (anggota F-Team) dapat menyelinap masuk untuk menggempur kem komunis, saya pun turut serta membantu mereka menangkap anggota komunis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program bual bicara perjuangan bersama bekas anggota polis sempena sambutan Hari Kebangsaan anjuran Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta dan Pertubuhan Amal Sahabat Perak di Dewan Komuniti Kampung Kuala Pari, di sini hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../saya-hanya-duduk-angkat...

Sumber: Harian Metro

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#24082022
ArticlePublished 24 Aug 2022 2.02 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM