Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Gambar Tular Sofia Raniya Ditemukan Selamat Depan Kondo

Published: 31 Mar 2022 12.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Laporan kehilangan murid perempuan dikenali Sofia Raniya, 8, yang juga anak ketiga daripada empat beradik dibuat oleh bapa saudaranya di Balai Polis Cheras, kira-kira jam 7.30 malam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-gambar-tular-sofia-raniya-ditemukan-selamat-depan-kondo
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:24 MYT
Kuala Lumpur, 31 Mac 2022 - Murid perempuan Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Midah 1, di sini, yang dilaporkan hilang selepas sesi persekolahan petang semalam ditemui selamat, malam tadi.

Laporan kehilangan murid perempuan dikenali Sofia Raniya, 8, yang juga anak ketiga daripada empat beradik dibuat oleh bapa saudaranya di Balai Polis Cheras, kira-kira jam 7.30 malam.

Menerusi cerita yang tular di media sosial, kehilangan Sofia didakwa disedari ibunya apabila dia gagal menemui anaknya di sekolah selepas terlewat menjemputnya pulang kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Hj. Jaafar, dalam satu kenyataan memberitahu kehilangan kanak-kanak itu disedari oleh ibunya selepas selesai sesi persekolahan sebelum wanita itu dan pihak sekolah cuba mencari kanak-kanak terbabit di kawasan berdekatan sekolah.

Bagaimanapun, katanya, usaha pencarian mereka gagal sebelum memutuskan untuk melaporkan kehilangan itu kepada pihak polis.

"Sebaik menerima laporan kehilangan kanak-kanak dari bapa saudaranya, Polis Cheras menggerakkan semua elemen penugasan termasuk pasukan siasatan bagi mengesan kanak-kanak itu dengan kadar segera.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../sofia-raniya-ditemukan...
ArticlePublished 31 Mar 2022 12.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM