Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Lans Koperal Aminurzakwan Amanorashid

Diterbitkan: 30 Mar 2022 1.38 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Lans Koperal Aminurzakwan Amanorashid yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kampung Gaung, Jalan Pasir Mas ke Lubok Jong, Kelantan ketika hendak memulakan tugas ronda cegah jenayah, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-salam-takziah-buat-keluarga-allahyarham-lans-koperal-aminurzakwan-amanorashid
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:43 MYT
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Lans Koperal Aminurzakwan Amanorashid yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kampung Gaung, Jalan Pasir Mas ke Lubok Jong, Kelantan ketika hendak memulakan tugas ronda cegah jenayah, pagi tadi.

Allahyarham bertugas sebagai anggota Unit Rondaan Bermotosikal, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan dan telah berkhidmat dengan Pasukan hampir 10 tahun.

Didoakan agar roh Lans Koperal Aminurzakwan Amanorashid dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#30032022

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎اناالن هوان AL-FATIHAH SALAM TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA Allahyarham Lans Koperal
ArtikelDiterbitkan 30 Mar 2022 1.38 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM