Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Empat Tan Makanan Ke Dua Kampung Orang Asli Dihantar Guna Helikopter

Published: 26 Jan 2023 2.42 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kluang, 26 Januari 2023 - Kira-kira empat tan makanan dihantar menerusi dua penerbangan ke kawasan perkampungan Orang Asli dan ladang di Kahang, dekat sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-empat-tan-makanan-ke-dua-kampung-orang-asli-dihantar-guna-helikopter
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:54 MYT
Kluang, 26 Januari 2023 - Kira-kira empat tan makanan dihantar menerusi dua penerbangan ke kawasan perkampungan Orang Asli dan ladang di Kahang, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, bantuan dihantar ke dua kampung iaitu Kampung Orang Asli Sedohok dan Kampung Orang Asli Tereh serta Ladang Kelapa Sawit Selai dan Ladang Kelapa Sawit Enggang.

“Penerbangan menggunakan helikopter Agusta Westland (AW) 139 yang dikendalikan oleh Superintenden Mohd Fairuz Jamil sebagai juruterbang dan pembantu juruterbang, ASP Shahrizt Shaharudin.

“Antara barang makanan yang dihantar hari ini ialah beras, air mineral dan gula,” katanya kepada media, di sini.

Menurut ACP Bahrin, penghantaran bekalan makanan itu untuk keperluan bagi 900 penduduk daripada 240 keluarga.

“Untuk penduduk di Kampung Orang Asli Sungai Peroh dan Pucur, penghantaran bekalan makanan akan dilakukan melalui laluan sungai atau darat dalam masa terdekat,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.utusan.com.my/.../empat-tan-makanan-ke-dua.../


Artikel Pilihan Empat Tan Makanan Ke Dua Kampung Orang Asli Dihantar Guna Helikopter

Artikel Pilihan Empat Tan Makanan Ke Dua Kampung Orang Asli Dihantar Guna Helikopter

Artikel Pilihan Empat Tan Makanan Ke Dua Kampung Orang Asli Dihantar Guna Helikopter

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 3 people

May be an image of 5 people, people standing and grass
ArticlePublished 26 Jan 2023 2.42 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM