
Artikel
Artikel Pilihan Dua Suspek Kongsi Gelap Di Taiwan Tidak Babitkan Rakyat Malaysia Kpn
Kota Kinabalu, 2 Mei 2023 - Dua suspek warga Taiwan yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes tembakan, kongsi gelap dan 'scammer' (penipuan) di negarany...
Kota Kinabalu, 2 Mei 2023 - Dua suspek warga Taiwan yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes tembakan, kongsi gelap dan 'scammer' (penipuan) di negaranya pada 20 April lalu, tiada kaitan dengan aktiviti membabitkan rakyat di negara ini.
Sebaliknya, katanya, apa yang berlaku, kedua-dua suspek ini giat menjalankan aktiviti jenayah mereka di Taiwan.
"Mereka dipercayai terbabit dalam satu insiden tembakan di Taiwan dan setakat itulah maklumat yang ada pada Polis Diraja Malaysia.
"Ketika dalam tahanan kita, suspek tidak memberikan apa-apa keterangan ataupun maklumat mengenai tindakan mereka," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Pemakaian Pangkat Pesuruhjaya Polis Sabah dan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini, hari ini.