Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Elemen Kdnka Senjata Utama Pdrm Halang Pati Kpn

Diterbitkan: 02 May 2023 12.35 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan segala elemen dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) bagi memastikan negara tidak dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-elemen-kdnka-senjata-utama-pdrm-halang-pati-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:44 MYT
Kuala Lumpur, 2 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan segala elemen dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) bagi memastikan negara tidak dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, semua elemen berkenaan adalah Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

"PPM sentiasa melakukan rondaan mengekang kemasukan PATI dan aktiviti penyeludupan melalui pintu masuk negara yang tidak diwartakan membabitkan perairan negara.

"PGA pula mengawal sempadan daratan negara dan PGU membantu melakukan pengawasan dan pemantauan dari udara," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Tan Sri Acryl Sani berkata, selain penguatkuasaan PDRM sendiri, KDNKA turut bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terjaga dari dibolosi pencerobohan dan penyeludupan.
ArtikelDiterbitkan 02 May 2023 12.35 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM