Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Dua Suspek Kongsi Gelap Di Taiwan Tidak Babitkan Rakyat Malaysia Kpn

Published: 02 May 2023 11.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 2 Mei 2023 - Dua suspek warga Taiwan yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes tembakan, kongsi gelap dan 'scammer' (penipuan) di negaranya pada 20 April lalu, tiada kaitan dengan aktiviti membabitkan rakyat di negara ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-dua-suspek-kongsi-gelap-di-taiwan-tidak-babitkan-rakyat-malaysia-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:35 MYT
Kota Kinabalu, 2 Mei 2023 - Dua suspek warga Taiwan yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes tembakan, kongsi gelap dan 'scammer' (penipuan) di negaranya pada 20 April lalu, tiada kaitan dengan aktiviti membabitkan rakyat di negara ini.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, daripada siasatan yang dijalankan, kedua-dua suspek terbabit tidak pernah ada aktiviti jenayah di negara ini.

Sebaliknya, katanya, apa yang berlaku, kedua-dua suspek ini giat menjalankan aktiviti jenayah mereka di Taiwan.

"Mereka dipercayai terbabit dalam satu insiden tembakan di Taiwan dan setakat itulah maklumat yang ada pada Polis Diraja Malaysia.

"Ketika dalam tahanan kita, suspek tidak memberikan apa-apa keterangan ataupun maklumat mengenai tindakan mereka," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Pemakaian Pangkat Pesuruhjaya Polis Sabah dan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini, hari ini.

ArticlePublished 02 May 2023 11.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM