Artikel
Artikel Pilihan Dua Anggota Pga Dinaikkan Pangkat Kepada Sarjan Kpn
Jempol, 25 November - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju menaikkan pangkat Koperal Baharuddin Ramli dan Koperal Norihan Tari yang bertugas di Batalion 3 (S...
Jempol, 25 November - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju menaikkan pangkat Koperal Baharuddin Ramli dan Koperal Norihan Tari yang bertugas di Batalion 3 (Senoi Praaq) Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) kepada Sarjan, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata mendiang Koperal Baharuddin menerima kenaikan pangkat itu secara anumerta.
"Saya telah berbincang dengan pengarah-pengarah jabatan (dalam PDRM) dan kami bersetuju menaikkan pangkat mendiang secara anumerta serta kepada Koperal Norihan atas keberanian luar biasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri upacara pengebumian mendiang Koperal Baharuddin yang dilangsungkan dengan penuh istiadat kepolisan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Asli, Kampung Sungai Sampo, Bandar Sri Jempol.
Beliau juga berkata PDRM telah mencadangkan nama kedua-dua anggota PGA itu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dipertimbangkan bagi penganugerahan pingat keberanian sebagai menghargai jasa mereka.
"Saya telah menyampaikan kepada Perdana Menteri supaya mendiang dan Koperal Norihan dipertimbangkan penghargaan tinggi dalam bentuk pingat," katanya.
Sumber:
BERNAMA
