
Artikel
Artikel Pilihan Dahulu Cuci Bangunan Kini Jadi Polis
Menurut Konstabel Mohd Radzi Safri, 20, demi mencapai cita-citanya, dia tidak berasa rendah diri untuk memohon jawatan tersebut walaupun sebelum itu hanya beke...
Segamat, 15 Disember 2023 - Seorang pemuda bersyukur apabila berjaya mencapai cita-citanya menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Konstabel Mohd Radzi Safri, 20, demi mencapai cita-citanya, dia tidak berasa rendah diri untuk memohon jawatan tersebut walaupun sebelum itu hanya bekerja sebagai tukang cuci bangunan.
“Namun, tangguhkan hasrat itu kerana ingin bekerja mengumpul duit sendiri dan saya sempat bekerja sebagai tukang cuci bangunan selama setahun di sekitar Mukah, Sarawak.
“Saya tidak sangka kebetulan tawaran untuk menyertai PDRM hadir selepas saya bekerja berdikari menyimpan sedikit duit dan saya terus menerima tawaran untuk menyertai Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel,” katanya ketika ditemui selepas Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel di Pusat Latihan Polis, dekat sini semalam.
Sumber: Utusan Malaysia