Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Bekas Senoi Praaq Terlantar Akibat Strok

Published: 03 Sep 2020 2.58 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Gua Musang, 3 September 2020 – Seorang bekas anggota Senoi Praaq yang pernah bertugas sewaktu zaman darurat kini terlantar sakit sejak dua tahun lalu selepas diserang penyakit strok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-bekas-senoi-praaq-terlantar-akibat-strok
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:39 MYT

Gua Musang, 3 September 2020 – Seorang bekas anggota Senoi Praaq yang pernah bertugas sewaktu zaman darurat kini terlantar sakit sejak dua tahun lalu selepas diserang penyakit strok.

Encik Hussin Sani, 81, yang tinggal di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini bertugas sebagai pasukan risikan ketika zaman komunis pernah menerima anugerah daripada Istana Kelantan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana jasanya mempertahankan tanah air.

Walaupun Encik Hussin berada dalam keadaan separuh sedar akibat serangan strok, 23 anak, 100 cucu, cicit dan piut tetap bangga menjadi pewaris seorang pejuang kemerdekaan negara.

Anak perempuannya, Satini, 47, berkata, dia sering mendengar kisah bapanya yang bergadai nyawa menentang pihak komunis dan tentera British.

Katanya, meskipun berdepan dengan musuh yang ramai ketika menjalankan tugas tetapi bapanya tidak pernah gentar apabila berjalan kaki seorang diri dari Kuala Betis ke Perak untuk mengawasi kawasan yang didiami Orang Asli.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mendoakan agar Encik Hussin diberi kesembuhan segera dan kembali sihat seperti sediakala. Amin Ya Rabbal Alamin.

Bacaan lanjut di pautan akhbar Kosmo seperti berikut https://www.kosmo.com.my/…/bekas-senoi-praaq-terlantar-aki…/

Sumber: Kosmo

Artikel Pilihan Bekas Senoi Praaq Terlantar Akibat Strok
ArticlePublished 03 Sep 2020 2.58 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM