Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Rasmi Program Penerangan Dan Promosi Kpdrm Peringkat Kontinjen Pahang

Diterbitkan: 03 Sep 2020 2.21 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuantan, 3 September 2020 - Pengarah Pengurusan merangkap Timbalan Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berbesar hati merasmikan Program Penerangan dan Promosi KPDRM Peringkat Kontinjen Pahang di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-rasmi-program-penerangan-dan-promosi-kpdrm-peringkat-kontinjen-pahang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:01 MYT

Kuantan, 3 September 2020 - Pengarah Pengurusan merangkap Timbalan Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berbesar hati merasmikan Program Penerangan dan Promosi KPDRM Peringkat Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Program berkenaan bertujuan menggalakkan para pegawai kanan, anggota dan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menyertai KPDRM bagi memperoleh manfaat bersama.

Dalam majlis sama, beliau turut menyempurnakan penyerahan cek pampasan insurans kepada waris Allahyarhamah Sarjan Sirnawati Sarji iaitu Encik Muhammad Zuraini Md Yasin.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Mohd Yusri Haji Hassan Basri, Timbalan Komander Briged Tenggara, ACP Tuan Haji Sanudin Md Isa, barisan Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah dan ahli-ahli KPDRM Kontinjen Pahang.

Sumber: Polis Pahang

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Rasmi Program Penerangan Dan Promosi Kpdrm Peringkat Kontinjen Pahang

Image may contain: 5 people, people standing

Image may contain: 1 person, standing, text that says 'F Shot on Y11 Vivo AI camera 2020.09.03 12:49'
ArtikelDiterbitkan 03 Sep 2020 2.21 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM