
Article
Artikel Pilihan Bekas Pensyarah Antara Lapan Ditahan Ada Kaitan Dengan Pengganas Daesh
Putrajaya, 24 Jun 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu tempatan termasuk dua wanita disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Da...
Putrajaya, 24 Jun 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu tempatan termasuk dua wanita disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh, menerusi operasi khas di empat negeri pada 22 dan 23 Jun lalu.
Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas mendapati wujud ancaman terhadap Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, beberapa orang kenamaan serta pimpinan PDRM.
"Polis melalui Cawangan Khas Bukit Aman berjaya mematahkan dan menahan lapan suspek dalam operasi serentak di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan.
"Semua suspek yang ditahan ini berusia antara 25 hingga 70 tahun," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Pengarah II Cawangan Khas Bukit Aman, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid.
Sumber: Berita Harian