Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Sampaikan Amanat Kepada Ketua Ketua Jabatan Se Malaysia

Diterbitkan: 24 Jun 2024 1.42 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 24 Jun 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Khaw Kok Chin telah menyampaikan amanat kepada Ketua JSJN Se-Malaysia bertempat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-sampaikan-amanat-kepada-ketua-ketua-jabatan-se-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:13 MYT
Kuala Lumpur, 24 Jun 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Khaw Kok Chin telah menyampaikan amanat kepada Ketua JSJN Se-Malaysia bertempat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Perjumpaan tersebut adalah yang pertama kali dijalankan oleh beliau selepas memegang tampuk jabatan berkenaan pada 4 Mac 2024.

Selain mengkaji prestasi semasa semua kontinjen serta membincangkan 'Way Forward' JSJN dalam membendung isu-isu pengedaran dan penyalahgunaan dadah, beliau juga mengingatkan semua KJSJN yang bersempadankan negara jiran untuk terus mempertingkatkan kawalan dan operasi di sempadan bagi menghalang kemasukan dadah haram ke pasaran tempatan.

Selain itu, Dato' Khaw turut menasihatkan mereka yang hadir agar tidak bersikap sambil lewa terhadap aduan atau maklumat awam yang disalurkan kepada kontinjen masing-masing dan tindakan segera hendaklah diambil.

Terdahulu, pihak Office of Narcotics Control Board (ONCB), Thailand yang diwakili oleh Director of Songkhla Suppression Division, Narcotics Law Enforcement Bureau, Mr. Santhadham Dee-Anantsiri dan Investigator Narcotics Law Enforcement Bureau, Ms. Suthinee Techawong telah memberikan taklimat kepada para hadirin berkaitan dengan 'Thailand Drug Situation and Border Constraint'.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Zainuddin Ahmad dan Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, DCP Mohd Zani Che Din.

ArtikelDiterbitkan 24 Jun 2024 1.42 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM