
Article
Artikel Pilihan Bank Rakyat Hargai Sumbangan Anggota Pdrm Terkorban Di Tanduo
Ranau, 19 November 2023 - Walau sedekad telah berlalu, Bank Rakyat mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan kepada tiga waris anggota Polis Diraja Malaysia...
Ranau, 19 November 2023 - Walau sedekad telah berlalu, Bank Rakyat mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan kepada tiga waris anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu.
Pemangku Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd. Irwan Mohd. Mubarak berkata, sumbangan yang disalurkan menerusi Program Kasih Wira Negara itu sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan Bank Rakyat terhadap wira negara yang terkorban dalam pencerobohan pada 2013 itu.
“Walaupun sudah sedekad insiden ini berlaku, namun pengorbanan mereka tidak seharusnya kita lupakan. Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban serta memberi sokongan dan keceriaan kepada waris,” katanya semasa perasmian Rakyat Xcess dan Ar-Rahnu X’Change, di sini hari ini.
Sumber: Utusan Online